perkahwinan campur
Perkahwinan campur
Wahai umat manusia…
Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu
dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa bersuku
puak supaya kamu berkenal-kenalan serta beramah mesra antara satu dengan yang
lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi keturunan atau bangsanya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya akan
keadaan dan amalan kamu.
Surah
al-hujurat :13(7)
Pengertian Perkahwinan campur
Dapat disimpulkan bahawa perkahwinan campur dalam
islam adalah perkahwinan diantara dua pihak yang berlainan latar belakang
bangsa, agama atau kewarganegaraan. Perkahwinan campur dapat diibaratkan
sebagai sebuah permulaan budaya baru dari sebuah keluarga. Dapat dihuraikan
bahawa perkahwinan antara dua kaum atau dua keturunan yang berbeza akan melahirkan sebuah budaya baru, paling
tidak ianya akan terjadi sebuah proses asimilasi secara fizik antara dua
kebudayaan kerana pada konsep
perkahwinan campur ialah penyatuan dua insan dari dua keluarga berbeza.
Terbahagi kepada 3 kategori :
Pertama, perkahwinan antara kaum yang mana ianya boleh
terjadi apabila perkahwinan antara muslim berbangsa Melayu dengan seorang
muslimah berbangsa cina. Di Malaysia, perkahwinan antara kaum banyak didengari
di kalangan masyarakatnya yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Perkahwinan
sebegini samaada antara Melayu dengan Cina, India atau bangsa lain senegara
melahirkan generasi kacukan yang dibesarkan dalam pertembungan dua budaya yang
berlainan. Secara lazimnya, golongan berbangsa lain yang kebiasaannya merupakan
penganut agama lain seperti agama Kristian, Buddha atau Hindu akan memeluk
agama Islam untuk membolehkan beliau berkahwin dengan seorang muslim.
Yang keduanya pula ialah perkahwinan antara negara,
iaitu apabila perkahwinan antara seorang muslim berbangsa Melayu dengan seorang
muslimah berbangsa Arab yang berasal
dari Maghribi. Perkahwinan ini melibatkan perkahwinan antara seorang
warganegara Malaysia beragama Islam dengan warganegara asing. Bagi proses
perkahwinan ini, pendaftar perkahwinan hendaklah memastikan Borang Permohonan
Berkahwin disertakan dengan dokumen-dokumen seperti salinan pasport yang sah,
Surat Kebenaran dari kedutaan negara pemohon, dan surat keterangan dari Jabatan
Imigresen Malaysia. Berdasarkan daftar perkahwinan di Wilayah Persekutuan bagi
tahun 2005 hingga 2011 telah mencatatkan sebanyak 1,874 jumlah warganegara
Malaysia perempuan yang berkahwin dengan warganegara asing.
Manakala kategori yang ketiga ialah perkahwinan antara
agama yang mana ianya terjadi apabila seorang muslim dengan seorang muslimah
bergama Kristian pada asalnya dengan syarat mesti memeluk agama Islam. Di dalam
Al-Quran disebut dengan jelas tentang larangan bagi lelaki muslim mengahwini perempuan
musyrik .
IMPAK POSITIF KEPADA PERKAHWINAN CAMPUR
v ~ Dapat memupuk semangat perpaduan antara bangsa berbeza
v ~ Dapat mendedahkan anak-anak dengan kepelbagaian adat dan budaya antara
ibu dan bapa.
v ~ Dapat meningkatkan tahap komunikasi dan semangat kemasyarakatan dalam
diri anak-anak.
v ~ Dapat merealisasikan globalisasi untuk kemajuan negara.
PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP PERKAHWINAN CAMPUR
ü 1.
Dapat memberi peluang masyarakat untuk
bertukar-tukar budaya
ü 2.
Dapat memberi kebaikan kepada etnik
ü
3. Dapat menyumbang kepada negara terutama
dari segi sosial
4. Melahirkan perasaan cinta akan negara
4. Melahirkan perasaan cinta akan negara
ü
5.Dapat menambah jumlah saudara baru yang
berlainan etnik
ü
6. Boleh belajar pelbagai bahasa melalui
kedua-dua belah pihak.
PANDANGAN ISLAM TERHADAP PERKAHWINAN CAMPUR
· *
Menghasilkan baka yang lebih baik dan
melahirkan keturunan berdarah kacukan yang mempunyai paras rupa yang unik dan
cantik.
· *
Kelebihan mental dan fizikal serta
kecerdasan minda
· *
Mengeratkan ukhwah dan saling menghormati
· *
Dapat menyambut perayaan berlainan bangsa
bersama
Hukum perkahwinan campur
Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan pegangan agama. Di dalam Islam, perkahwinan campur dengan
kaum dan negara yang lain adalah dibolehkan dan tidak dilarang dengan syarat
pasangan yang ingin kita nikahi itu adalah wajib beragama Islam.
Perkahwinan antara agama pula adalah
dilarang kecuali bakal pasangan sama ada lelaki atau perempuan mestilah memeluk
Islam terlebih dahulu. Jika tidak banyak masalah yang akan timbul di dalam
keluarga tersebut seperti permasalahan anak, pembahagian harta dan sebagainya.
Allah S.W.T. telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mengahwini
wanita-wanita musyrik sehinggalah mereka beriman, sesungguhnya seorang hamba
yang mukmin itu lebih baik daripada wanita yang musyrik meskipun kamu
menyukainya…”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 221)
Manfaat perkahwinan campur
1. Merapatkan hubungan silaturahim.
Salah satu hikmah perkahwinan campur adalah dapat
merapatkan hubungan silaturahim antara berlainan bangsa. Sebelum ini, mungkin
anda tidak mempunyai kenalan atau rakan rapat daripada berlainan bangsa. Namun
apabila anda atau ahli keluarga anda sudah berkahwin dengan berlainan bangsa,
ia akan merapatkan ukhwah antara anda dan keluarga pasangan anda.
Hubungan yang sebelum ini mungkin renggang pasti akan
menjadi lebih erat. Mungkin pasangan anda juga berasal dari luar negara dan ia
akan merapatkan hubungan keluarga di antara dua buah negara.
2. Mempelajari budaya bangsa lain.
Jika sebelum ini, anda mungkin tepu kerana langsung
tidak mengetahui atau langsung tidak ada sifat ingin tahu tentang budaya bangsa
lain yang terdapat di muka bumi ini. Melalui kahwin campur ia akan menambahkan
ilmu anda tentang bagaimana budaya kaum lain. Budaya yang dimaksudkan di sini
ialah cara pemakanan, gaya hidup, pemakaian, perayaan, cara pergaulan dan
pelbagai lagi aspek yang melambangkan budaya hidup sesuatu kaum itu.
3. Memperkembangankan ajaran Islam.
Hikmah lain untuk kahwin campur ialah ia menguatkan
lagi ajaran Islam di mata dunia. Perkahwinan campur juga sebenarnya mengukuhkan
lagi agama Islam secara langsung dan tidak langsung. Islam tidak melarang
mana-mana umatnya untuk kahwin campur atau berkahwin dengan berlainanan agama,
tetapi dengan syarat, pasangan bukan Islam yang hendak berkahwin dengan orang
Islam hendaklah memeluk agama Islam terlebih dahulu.
Ia menunjukkan bahawa Islam amat tegas dengan
pendirian kepada mana-mana bukan Islam tidak boleh berkahwin dengan orang Islam
dengan sewenang-wenangnya. Apabila anda berkahwin dengan pasangan yang baru
memeluk Islam (mualaf), ia akan membuatkan bilangan masyarakat Islam di dunia
bertambah ramai. Ia juga mungkin akan menarik keluarga pada pasangan yang belum
memeluk Islam tadi untuk memeluk Islam kerana terpaut dengan keindahan Islam.
4. Betul ke mereka akan memperolehi anak yang pintar
dan cantik?
Mereka yang berkahwin campur juga biasanya akan
memperolehi anak yang pintar dan cantik. Ia bukanlah suatu yang pasti namun,
kebanyakannya adalah begitu. Lihat sahaja artis-artis di Malaysia ini yang
cerdik dan cantik seperti Neolofa contohnya, seorang artis dan usahawan yang
berjaya. Ia mungkin disebabkan campuran genetik di antara ibu dan ayah yang
berlainan bangsa menghasilkan gen yang lebih baik bakanya.
KESIMPULAN
Perkahwinan campur sebenarnya telah berlangsung sejak
sekian lama iaitu pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi sehingga pada era
tradisional di Tanah Melayu yang
menyaksikan perkahwinan kerabat diraja Kesultanan Melayu Melaka . Pihak
kerajaan, agensi kekeluargaan , badan persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan
boleh memberikan insentif serta galakan kepada mana-mana pasangan yang akan
mendirikan rumah tangga dalam bentuk perkahwinan campur. Peranan institusi
agama , pertubuhan bukan kerajaan ,
institusi sosial lainnya amat diharapkan dalam rangka merangsang pertumbuhan
minda bagi mengubah persepsi agar perkahwinan campur dapat diperkembangkan
sebagai salah satu jambatan untuk membina negara bangsa.
Comments
Post a Comment